Pages
SINOPSIS
Sunday, May 29, 2011
Latihan 1
Baca dan garis kata nama khas yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah ini.
1. | Aliza telah membeli sepasang kasut Alfio Raldo. |
2. | Sekolah itu telah banyak melahirkan pelajar cemerlang. |
3. | Puisi yang telah dibaca oleh Shakila adalah tentang masalah alam sekitar. |
4. | Mardiana telah diserahkan kepada keluarga angkatnya ketika dia berusia tiga hari. |
5. | Laporan itu perlu dihantar kepada gurunya untuk disemak. |
6. | Semua murid dikehendaki duduk di tempat masing-masing kecuali budak yang begar itu. |
7. | Permohonan itu akan diurus oleh Jabatan Kewangan. |
8. | Anak-anak muda itu tabah menghadapi cabaran hidup. |
9. | Barangan seramik yang bermutu tinggi itu adalah hasil ciptaan Encik Suki. |
10. | Mereka bersatu menghadapi serangan musuh. |
DEFINISI KATA NAMA KHAS
Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.
Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.
orang | Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long |
binatang | Blacky, Pak Belang, Sang Kancil |
tempat | Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur |
benda | Parker, Nokia, Protan Saga, |
DEFINISI KATA NAMA AM
Kata Nama Am
Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti manusia, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.
Manusia , orang
ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor
binatang
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan
tumbuh- tumbuhan
pokok, betik, rumput, lalang
benda
pasir, kayak, radio, rumah, pen, buku
tempat
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri
Thursday, March 31, 2011
TATABAHASA BAHASA MALAYSIA TAHUN 3
Saya telah mempunyai pengalaman mengajar Bahasa Melayu sebanyak EMPAT tahun. Blog ini adalah bertujuan untuk berkongsi pengetahuan tentang tatabahasa Bahasa Melayu. Penguasaan tatabahasa adalah penting bagi seseorang murid. Selain itu,dalam blog ini saya juga berkongsi pengalaman mengajar berkaitan dengan pengajaran dalam mata pelajaran ini.
Kata Nama:
Kata Nama dibahagi kepada 2 jenis, iaitu :
1. Kata Nama Am
2. Kata Nama Khas